Followers

Saturday, January 9, 2010

™Tak suka tapi baik™

Hampir seminggu kuliyah start, sem ni mungkin menjadi sem yang seronok kot sebab subject elektrik dah muncul. Mase sem 1 dulu kebanyakan nyer subject di sekolah menengah yang di advanced kan je. Tu jadi boring sebab name tajuk still sama tak nak dah modify sikit name , kimia kat sekolah kimia juga laa kat Universiti.
Dalam happy sampai melompat tak turun2 ade gak tersepit tak suka kat subjek elektif yang batch saya dapat. Nak tak nak kene laa relapaksa ambik " Elektronik Perubatan" yang mane untuk sem ni tajuk kene belajar medical fisiologi. Tengok perkataan 'medical' tahu doh sedare dengan biologi. sekolah dulu tak ada la plak ambik biologi ni..hah

Jadi bile pikir2 kan balik setiap apa yang berlaku dah tentu ade hikmah. Allah tu Maha Mengetahui dan Berkuasa. Ini la ayat biase untuk ajar hati ini redha dengan ketentuanNya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat ni la banyak mendidik hati ni untuk cube meredhai apa yang berlaku... Manusia akan terus leka tanpa peringatan..

Saturday, November 7, 2009

PERGI TAK KAN KEMBALI

Hari ni ttiba je rasa teringat kat seseorang masa surf internet....hari ni dah masuk berapa bulan dah dia tinggalkan saya , family dia dan dunia ini buat selamanya... Ayah Long pergi dan tak kan kembali dah pada keluarganya...


Inilah lumrah dan kitaran hidup ..Mati adalah mesti dan pasti, semua manusia pasti akan menemui ajal mereka .

.Dalam surah Yunus ayat 4, Allah swt berfirman dengan maksud, "Hanya kepada Nyalah kamu semua akan kembali, sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah bangkit) agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka."

Dari tanah kita diciptakan ke tanah jugaklah kita dikembalikan...Begitu cepat dia pergi. Kali terakhir saya jumpa dan sempat bergurau dengan Ayah Long time Kak kahwin...

Buat anak-anak arwah , kita yang hidup kena teruskan hidup cuma jangan lupa doa kepada bapamu yang mengharapkan doa anak soleh untuknya ...kerana hanya 3 perkara saja yang akan menemani kita ketika mati kelak


1. ilmu yang kita dimanfaatkan di dunia

2.segala sedekah jariyah yang kita buat

3. doa anak yang soleh


Nabi bersabda maksudnya:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Alhamdulillah sedikit kerinduan dapat diubati dengan meluahkan di blog ni..Sama sama lah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah....AL-FATIHAH..


wasalam..

Saturday, October 31, 2009

PEPERANGAN AKHIR DI SEMESTER 1

Pejam celik pejam celik dah nak habis 1 sem saya di UTHM ni...x percaya pun ada rasanya...masa berjogging dengan cepat sekali selalu je tertinggal dek masa...hahaha....
hampir 1 semester menimba ilmu akhirnya apa yang kita belajar kenalah tunjukkan di atas kertas peperiksaan...


Final exam start hari isnin ni....kakak saya yang lain ade yang dah start lebih awal ikut Universiti masing masing laaa....ni la first time saya berhadapan dengan final exam sistem semester...markah tak bergantung sepenuhnya pada paper exam tapi course mark pun penting juga...

apapun kita dah berusaha so yang hanya berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Berkuasa saja kan....

salam peperiksaan kepada mahasiswa semalaysia...


Sunday, October 11, 2009

Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

Dah sekian lama tak buat new posting..rasenya dah bersawang dah blog saya nih....tengah syok duk buat borak dengan housemates tiba2 rase terpanggil je nak post sesuatu yang amat berguna untuk kaum hawa diluar sana.. mungkin dan tidak mustahil artikel ni dapat memberi pandangan dan dorongan kepada sesiapa yang bergelar perempuan..

dalam surah An-Nur ayat 31 ada menyebut:


"dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya"



kalau sesiapa perasaan pada terjemahan ayat tu dah pun
diboldkan, memang tak dinafikan memang ramai perempuan sekarang pakai tudung tetapi hakikat nya belum pun lagi menutup aurat bahkan hanya sekadar fesyen yang menjadi ikutan saje kan kan kan.. so, kat bawah ni ada nyatakan bagaimana bertudung tapi masih belum menutup aurat????























BERTUDUNG TETAPI BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT(dipetik : dari artikel lajnah kerohanian )
  • baju yang dipakai singkat tidak melepasi pinggul
  • mendedahkan bentuk/lekuk dada tersembul dan punggung
  • pakaian yang ketat menampakkan susuk tubuh
  • kain yang dipakai terlalu singkat menampakkan betis yang penuh stiker
  • bertudung tapi pakai tshirt pendek tayang lengan dan ketiak busuk
  • seluar JEANS nya ketat dan sendat yang jelas menampakkan alur kelengkang. bawah bajunya singkat, maka menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggung yang wajib ditutup
  • tidak bersarung kaki
  • solekan/TABARRUJ yang jelas dilihat
  • mamakai wangian yang merangsang nafsu
  • bertudung tapi sengaja tayang betis semasa menungang motorsikal...walaupun berkain pakailah seluar panjang !!

Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDURRASUL

assalamualaikum wadah bicara buat semua.......

hari ni 9 mac 2009 bersamaan 12 rabiul awal 1430 hijrah....tgk pada tarikh mgkin semua dh thu ape yg berlaku pada tarikh tu kan?
ye 12 rabiul awal adalah tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW....

pada hari ni pagi pagi lgi dh tentu ramai yg berarak utk menyambut majlis ini....

tidak ketinggalan juga di Taman Perdana ni di mana seawal 8 pagi lgi semua pndudk d taman ini berkumpul di padang ....

majlis ini juga di meriahkan lgi dengan kehadiran pelajar dari SMK Seri Pekan.....



kemudian setelah slesai perarakan, pihak pengurusan surau telah mengadakan ceramah maulidurrasul yg di sampaikan oleh al fadil ustaz Syam, imam masjid at taufik peramu jaya 3...

apa yg nak dikatakan disini bkn nye tntng besarnye mjlis majlis itu tapi ape yg tersirat dalam mjlis tersebut........

sy dapat lihat bhw perpaduan umat islam dapt d bentuk apabila di adakan majlis perarakan
kesemua pendudk dapat bgi kerjasama utk mnjayakan majlis ini.....





apapun kita hendak lah kembali kepada niat kita mengadakan majlis trsebut,,,,
jdikan mjlis itu sbgai tnda ingatan dan cintanya kita pada Rasulullah

dan igt kita jgn hny cinta Rasulullah hny di hujung bibir tapi jdikan Rasulullah sbgai role model utk kejayaan kita d dunia dan akhirat....

saya msih kekurangan ilmu utk bercakap pnjg tntg agama, sy brkongsi sekadar ape yg sy thu
..
jadi,sy minta maaf sgala kekurangan dlm penulisan ini...

"Dan tidak Kami utuskan Engkau(Muhammad SAW) melainkan membawa rahmat bagi semesta alam"
(Al-Anbia 107)