Followers

Sunday, January 24, 2010

RENUNGAN BUAT DIRIKU

review kali ni lebih untuk mengingati empunya diri ni yang masih lagi banyak kelemahan dan kekurangan.... dimana 17 kriteria lelaki soleh yang aku baca dalam sebuah artikel yang dihantar ke rumah...

17 kriteria lelaki soleh:
  • sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w
  • jihad fisabilillah adalah program hidupnya
  • mati syahid adalah cita2 hidup yang tertinggi
  • sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah
  • iklas dalam beramal
  • kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  • sangat takut kepada Allah dan ancamannya
  • selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  • zuhud dalam dunia tetapi tidak meninggalakannya
  • solat malam manjadi satu kebiasaanya
  • tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah
  • selalu bersedekah sama ada dalam kelapangan mahupun sempit
  • menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
  • sangat kuat memegang amanah janji dan rahsia
  • pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan penuh tawaduk kepada Allah
  • kasih sayang dan penuh pengertian kepda keluarga...
masyAllah betapa jauh nyer diri aku ni dengan kriteria2 lelaki soleh ni....bukan senang untuk capai tahap soleh kerna setiap perbuatan hanya kerana Allah ......

"Ya Allah betapa lemah nya hambamu ini untuk menjadi hamba yang soleh dan taat padaMu, Ya Allah engkau kuatkan iman ku supaya aku dapat menjadi lelaki soleh disisiMu kelak"
aminn

Saturday, January 9, 2010

™Tak suka tapi baik™

Hampir seminggu kuliyah start, sem ni mungkin menjadi sem yang seronok kot sebab subject elektrik dah muncul. Mase sem 1 dulu kebanyakan nyer subject di sekolah menengah yang di advanced kan je. Tu jadi boring sebab name tajuk still sama tak nak dah modify sikit name , kimia kat sekolah kimia juga laa kat Universiti.
Dalam happy sampai melompat tak turun2 ade gak tersepit tak suka kat subjek elektif yang batch saya dapat. Nak tak nak kene laa relapaksa ambik " Elektronik Perubatan" yang mane untuk sem ni tajuk kene belajar medical fisiologi. Tengok perkataan 'medical' tahu doh sedare dengan biologi. sekolah dulu tak ada la plak ambik biologi ni..hah

Jadi bile pikir2 kan balik setiap apa yang berlaku dah tentu ade hikmah. Allah tu Maha Mengetahui dan Berkuasa. Ini la ayat biase untuk ajar hati ini redha dengan ketentuanNya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat ni la banyak mendidik hati ni untuk cube meredhai apa yang berlaku... Manusia akan terus leka tanpa peringatan..