Followers

Tuesday, December 20, 2011

Data Communication

Assalamualaikum sahabat sekalian..

dibawah ni disediakan link untuk anda mendownload document penting subjek Data Communication.
isi Document :
1-Assignment
2-Project
3-Tutorial 1-3

Bahan Tarbiyah

Bahan Tarbiyah yang dikongsikan oleh Saudara Syahmi kepada saya...

boleh dowload di sini  (klik butang DOWNLOAD)


Monday, December 19, 2011

Nota/Tutorial

KEJURUTERAAN KOMUNIKASI
# Tutorial 2 = Download Here

Sunday, November 27, 2011

Doa Seorang Pencari Cinta


JIKA AKU JATUH CINTA

Ya Allah,

Jika aku jatuh cinta

Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintannya kepadaMu

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin

Jika aku jatuh hati

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana

Jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling

Daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati

Jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah

Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah

Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu

Jangan biarkan aku melampaui batas

Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Amin Ya Rabbal Aalaminn




Thursday, November 3, 2011

Jangan Terlalu Bangga Dengan Gelaran Dekan


Assalamualaikum..

final exam untuk semester 5 berlalu hampir 3 minggu, sekarang masing-masing tidak duduk senang menantikan keputusan yang keluar... Aku yakin semester kali ramai yang akan berada dalam senarai Anugerah Dekan.. Tahniah kepada rakan-rakan yang bakal mendapat anugerah yang diimpiankan itu..

suka untuk berkongsi satu artikel dari Iluvislam.com yang berbicara tentang " gelaran dekan"


"Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, tengok keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat business sekarang, dulu kerja dekat Tanjung Malim." Ujar emak saya.

Teh yang masih berwap panas itu saya hirup sedikit. Berita di televisyen saya lihat dengan pandangan kosong. Mungkin otak ligat memahami maksud tersirat di hati emak.

"Mak rasa kejayaan yang sebenar apa dia?" Saya bertanya pula kepada emak.

Emak diam. Berfikir mungkin dengan soalan saya.

"Kita ni selalu pandang kejayaan material je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya jadi insan yang beragama, itu kejayaan maknawi. Mana yang mak nak? Anak berjaya rumah besar, kaya tapi malas solat, tak hormat ibu bapa, cucu pula tak reti solat semua atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak mewah macam kita sekarang tapi isi rumahnya beragama?" Saya bersoal lagi.

"Ish, mestilah mak nak yang hormat mak ayah, beragama semua. Tak nak anak yang kaya rupa tu."

"Nah, mak sendiri dah tahu pilihan mak apa dia, tapi orang masih memandang yang rupa dari isi."

Mak diam lagi. Pandangannya mungkin tembus ke televisyen.

Ini adalah pemikiran masyarakat yang saya rata-rata berfikiran sedemikian rupa. Mengukur kejayaan dari harta dan kekayaan yang diperolehi. Entah, saya sendiri tidak tahu di mana silapnya. Jika ada anak yang punya akhlak baik, beragama walau kurang berjaya dalam akademik, tidak pula mahu dipandang dan dikatakan berjaya.

Jika ditanya kepada saya, apakah erti kejayaan yang sebenar?

Maka wajib bagi saya menjawab bahawa kejayaan itu adalah apabila kita mampu menjadi manusia rabbani, yang beragama. Apabila kita merasakan segala perbuatan itu bermatlamatkan Allah, maka automatik segala suis akan dihidupkan untuk memacu diri mencapai kejayaan dari pelbagai sudut dunia dan akhirat.

Sahabat sekalian,

Mungkin bagi pelajar, masih berada di 'mood' mendapat keputusan peperiksaan, ada yang gembira tidak terkata, kecewa tidak terhingga, tersenyum puas, atau memandang bersahaja.

Tidak terkecuali juga saya. Alhamdulillah, diberi kecemerlangan tidak disangka. Namun dalam pada masa yang sama, saya takut andai ujian ini membuatkan saya jauh dari Allah malah mengundang pula kemurkaan-Nya. Maka saya bermuhasabah.

Saya mahu membawa anda bermuhasabah bersama. Ayuh kita, buat para penerima anugerah dekan ini pesanan khusus untuk anda.

Sering saya melihat dan mendengar cerita dari rakan-rakan. Berbaur nada tidak puas hati, cemburu atau apa- apa sahaja.

"Harap je dapat anugerah dekan, tapi meniru juga, bawa toyol masa test."

Mungkin anda juga pernah mendengarnya, bahkan mungkin juga sebenarnya itu adalah diri anda!

Inilah yang saya katakan, kejayaan yang bukan maknawi. Kita berjaya tapi kita tidak mampu menjadi orang beragama.

Kita berjaya tapi kita masih lagi sombong dengan Allah.

Malas untuk solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, mulut masih tidak reti dijaga, pentingkan diri sendiri, dengan ibu bapa tidak pula kita hormat dan meninggi diri, masih lagi meniru dan banyak lagi.

Ini cuma sebahagian sahaja.

Muhasabah sahabat.

Muhasabah para pemegang dekan sekalian.

Ini bukan artikel bernada cemburu! Tetapi ini peringatan untuk diri saya dan anda.

Jika diri masih tidak sedar, maka awaslah bahawa hati anda sudah mula ada penyakit.

Berdoalah wahai diri, mintalah kepada Allah agar kejayaan atau kegagalan yang diperolehi ini mampu membawa kita dekat dengan Allah, mampu memberikan kita tenaga untuk menjadi penegak kalimah Allah.

Jalan Allah untuk mentarbiyah hambanya cukup cantik dan sempurna.

" Kak Suhana, tiba-tiba mahu kata-kata motivasi untuk diri ini, rasa down sikit dengan result exam."

Saya mendapat kiriman di facebook.

" Adikku, tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."

Saya membalas kiriman tersebut.

"Alhamdulillah, terima kasih Kak Suhana atas kata motivasi, bermakna sangat buat saya. Hampir saya terlupa bahawa Allah beri ni ada sebabnya, kena tampal lubang-lubang usaha yang bocor."

Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, maka ada kejayaan besar yang menanti.

Berjaya atau gagal, kembalilah kepada Allah setiap saat dan detik, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.

Tuesday, November 1, 2011

Orang Yang Mencintai Ilahi

Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar benar menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepada-Nya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
tarbiyah daripada-Nya

Orang yang benar benar mencintai Ilahi
Juga mengharapkan kebahagiaan di dunia
Tetapi jika tak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan 'di sana'
Kerana dunia ini hanya pinjaman
Dan dirinya hanya 'barang pinjaman'
Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini.


Hasil Nukilan
Naurah Musyahidah
(Majalah Gen-Q isu 1)

Thursday, October 27, 2011

Mukhayyam PEMBINA Johor 2011

Assalamualaikum

sekadar update blog dengan program terdekat yang InsyAllah akan dijalankan oleh penulis iaitu Perkhemahan Belia Islam Negeri Johor 2011.. Perkhemahan ini adalah aktiviti tahunan bagi memenuhi kehendak 10 muwasafat tarbiyah iaitu kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) sejajar dengan saranan hadis yang diriwayatkan Imam Muslim

Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).

... Secara tidak langsung juga program ini dapat mengisi masa lapang yang sentiasa 'berlegar-legar' tanpa sebarang aktiviti. ..
InsyAllah kelak akan saya 'update' kan pula pengisian pengisian dan segala aktiviti setelah tamat program...


details program

# Tarikh : 28,29,30 oktober 2011
#Tempat : Sekakap Mersing
#Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor

Sunday, September 18, 2011

Pertembungan Antara Jaulah dan Ukhwah







Assalamualaikum..

penceritaan yang hampir lama berkubur tanpa khabar berita...Alhamdulillah hari ni diberi kekuatan dan ilham untuk membersihkan kembali sawang2 dan habuk2 dalam blog.
Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan ke Hadrat Illahi kerana melancarkan perj
alanan jaulah syawal ke rumah Akhi tajuddin dan Simpang Renggam.

Walaupun hari mengelap mengiringi perjalanan kami, namun atas dasar ukhwah tetap meneruskan perjalanan dengan penuh tawakal. Seterusnya kami, menghadiri ke majlis Tautan Kasih dan Tautan Ukhwah ISMA Bersama Komuniti Bandar Baru Ibrahim Majid di Simpang REnggam



Atas dasar Ukhwah juga lah Majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya... dari situ dapat kita lihat kepentingan Ukhwah dalam setiap aspek perjalanan hidup ni..


Ukhuwah itu indah bila:

-kerana sayangnya mereka,kamu sentiasa ada manusia yang mengingatkan kamu soal Tuhan.
-kerana imannya mereka,semua buat-buat cari henset bila ada scene2 yang "mengasyikkan" dalam wayang, memalingkan pandangan dari skrin besar tersebut.
-kerana prihatinnya mereka ,tidak kekok untuk menegur andai ada yang melakukan kesalahan
-kerana kerjasama mereka ,tidak kisah membiarkan kamu menjaringkan gol walau diri sendiri ada peluang :)


Tuesday, March 22, 2011

Nak tegur orang kena jadi baik ??


Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kerana kita masih lagi di kurniakan nikmat iman.

rasa tergerak hati untuk berkongsi satu artikel yang mana
artikel ni diambil dari sahabat saya.

InsyaAllah artikel dapat membuatkan kita berani untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ

(الصف: 2).

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"


(As-Soff:2)

Ramai orang menggunakan dalil ini sebagai alasan untuk tidak menegur seseorang . Adakah kita faham tafsiran sebenar ayat ini? . Adakah Allah s.w.t melarang kita melakukan kebaikan(menegur seseorang)?

Masalah untuk kita menegur orang melakukan maksiat/dosa ini tidak perlu tunggu kita menjadi baik, nabi pun tiada bagitahu, dan tiada dalam mana2 hadis mengatakan mesti jadi baik dulu.Ayat ini Allah s.w.t menasihat "MENGAPA kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan" supaya orang yang menegur mengikut apa yang diperkatakannya bukannya melarang kita menegur/melarang seseorang dalam keadaan kita tidak cukup baik/ilmu.

Hinggakan kalau orang kita melihat orang melakukan maksiat, WAJIB kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa.Tiada orang yang bersih dari dosa melainkan mksum,Nabi Muhammad s.a.w. Nabi wafat 1432H+ dulu, jadi siapa perlu tegur kalau bukan kita? Islam tidak melarang sama sekali menegur kesalahan orang lain , sampai masa orang lain akan menegur kesalahan kita.

Dimana di zaman Al-Imam Al-Ghazali, seseorang lelaki sedang berzina dengan seorang wanita, tiba-tiba berjalan seorang wanita yang tidak memakai tudung, wajib dia untuk menegur " Hai perempuan tutuplah rambut mu,kerana tidak menutup rambut itu akan dibakar di dalam api neraka".

Kuliah Ustaz Azhar (Kitab Jam'ul Jawami', Masjid Saidinar Umar Al-Khattab , Cenderwasih, Kuantang)(Ditranslate ke bahasa melayu yang standard lagi asli)

Jadi janganlah jadikan ini sebagai alasan, cuma rugilah kita jika tidak mengikut apa yang kita katakan. Allah s.w.t ada memberitahu di dalam sepotong ayat " Dahulukanlah diri kamu.Oleh itu mari kita semua bersama-sama saling tegur menegur bagi memastikan ISLAM itu terpelihara sepanjang masa.

Sunday, March 6, 2011

...Dalih seorang remaja yg bercinta...


..Dalih seorang remaja yg bercinta...

Kami hanya berbual-bual, berbincang. Bertanya khabar, minum2 di kafe...

Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok lusa mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah : Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (Jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing2 akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman : Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3). Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. LeLaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.

Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.

Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat .

Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.

Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa .

Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.

Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu ini berdosa

Amin,ya Rabbal alamin.

Moga Allah terima taubatmu