Followers

Wednesday, April 28, 2010

POSISI TIDUR YANG TERBAIK

Assalamualaikum... lama dah sudah tuan blog tak update blog ni kan sampai ada yang beritahu supaya update blog..terima kasih pada yang berkenaan...tidak update 'mungkin' disebabkan faktor final exam yang perlu didahulukan....kesempatan masa untuk menunggu paper seterusnya hari jumaat ni membuat hati tergerak untuk 'post new article' ...
Sebahagian besar dah tahu pasal posisi tidur ni kan lebih2 lagi yang kuat tidur comfirm2 dah tahu..hehe.. artikel ini forward dari blog arwah Fadhiri (MENCARI REDHA ALLAH)....blog yang penuh dengan pengisian agama untuk santapan rohani kita bersama...

POSISI TIDUR TERBAIK
Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan:

Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,


p/s : jangan amalkan tidur gaya ini :-)


Thursday, April 15, 2010

75 pelajar UTHM catat rekod

BATU PAHAT 13 April –
Seramai 75 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta
rekod mendayung paling lama menggunakan mesin latihan khas sehingga
mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Mereka mendayung secara berterusan selama 48 jam 34 minit
menggunakan dua mesin latihan sukan mendayung dalam program Cabaran
Rowing 1Malaysia UTHM.

Setiap penuntut mendayung dalam tempoh antara lima hingga 10
minit secara bergilir-gilir di pusat beli-belah Square One di sini
bermula 4 petang Sabtu lalu.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin
berkata, usaha yang dilakukan penuntut itu secara tidak langsung dapat
mempromosikan UTHM sebagai pusat kecemerlangan sukan untuk institusi
pengajian tinggi (IPT).

“Ini membuktikan sukan tidak berkubur di universiti
dan semakin menjadi budaya yang subur di UTHM.

“Sukan mendayung telah menjadi
tradisi di universiti terkenal luar negara termasuk Cambridge,” katanya
selepas menerima sijil pengiktirafan daripada Pengarah Projek Malaysia
Book of Records, Irene Liong di sini semalam.

Mohd. Noh berkata, penggunaan
mesin latihan Rowing Concept2 itu menyerupai aktiviti mendayung sebenar
dan jarak mendayung juga dapat diukur.

“Untuk mesin yang pertama
penuntut telah mendayung sejauh 652 kilometer, manakala mesin kedua 640
kilometer,” katanya.

Sementara itu, penuntut tahun satu Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Mekanikal, Ekhwan Eusop, 20, berkata, persiapan selama dua
bulan untuk mencipta rekod itu sangat berbaloi dan dia berbangga
kerana dapat mengharumkan nama UTHM.

“Selain mencatatkan rekod,
program ini dapat memupuk perpaduan kerana disertai penuntut pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik Sabah serta
Sarawak.

“Sukan
di universiti mungkin cara terbaik memupuk perpaduan kerana pelbagai
kaum belajar di sini,” katanya yang juga merupakan ketua publisiti
program tersebut.

Ekhwan berkata, program itu juga bertujuan membakar semangat
atlet-atlet UTHM bagi meneruskan kecemerlangan dalam sukan
mendayung.

“Tahun lalu UTHM mengungguli tujuh daripada lapan kategori
sukan mendayung yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Air Majlis
Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan juara keseluruhan Kejohanan
Rowing Varsity Boat Race,” katanya.

dipetik
dari : http://www.utusan.com.my
/


p/s : tahniah
untuk 2 orang sahabatku (Mohd Najmuddin dan Amirul Hakim) yang turut
serta dalam cabaran rowing 1 malaysia ni...

Monday, April 12, 2010

Lagi Buang Anak

terkejut dan malu tengok muka depan surat khabar hari ini yang buat kali ke berapa entah tajuk buang bayi ni....

ape kejadahnya perkara sebegini berlaku tanpa ade rasa kemanusiaan dalam diri ibubapa berkenaan(ayat wan kamaruzaman) ....kenapa perkara begini berulang ..apakah sanggup kita tengok hari hari keluar berita sebegini di dada akhbar...


"duhai ibubapa, kemana pergi sifat kasih sayangmu terhadap anak yang ingin mengenal dunia.. begitu tergamak engkau membuang anak bagaikan sampah yang tiada nilai... tidak fikirkah engkau bahawa binatang yang tiada akal pun tidak sanggup melakukan sedemikian rupa.. syabas ku ucapkan kepada ibubapa yang berwajah manusia tapi sebaliknya ..........?????jawablah engkau dihadapan anak mu di muka kelak"


p/s : mungkin perkara yang berlaku ni menunjukkan tanda-tanda akhir zaman makin hampir...apabila banyaknya berlaku perzinaan dan secara langsung bayi juga akan juga banyak berada dalam tong sampah agaknya

Monday, April 5, 2010

Kenangan Bersamamu

alhamdulillah tamat sudah belajar fizik untuk sem 2 ni...sebanyak banyak penghargaan diberikan kepada Dr Zaidi Embong yang bertungkus lumus, berhempas pulas, bersungguh sungguh, dan sewaktu dengannya selama mengajar fizik untuk 2 sem ni....

potong,potong,potong (wimax)

Secret Recipe Pt Raja