Followers

Sunday, October 11, 2009

Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

Dah sekian lama tak buat new posting..rasenya dah bersawang dah blog saya nih....tengah syok duk buat borak dengan housemates tiba2 rase terpanggil je nak post sesuatu yang amat berguna untuk kaum hawa diluar sana.. mungkin dan tidak mustahil artikel ni dapat memberi pandangan dan dorongan kepada sesiapa yang bergelar perempuan..

dalam surah An-Nur ayat 31 ada menyebut:


"dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya"



kalau sesiapa perasaan pada terjemahan ayat tu dah pun
diboldkan, memang tak dinafikan memang ramai perempuan sekarang pakai tudung tetapi hakikat nya belum pun lagi menutup aurat bahkan hanya sekadar fesyen yang menjadi ikutan saje kan kan kan.. so, kat bawah ni ada nyatakan bagaimana bertudung tapi masih belum menutup aurat????























BERTUDUNG TETAPI BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT(dipetik : dari artikel lajnah kerohanian )

  • baju yang dipakai singkat tidak melepasi pinggul
  • mendedahkan bentuk/lekuk dada tersembul dan punggung
  • pakaian yang ketat menampakkan susuk tubuh
  • kain yang dipakai terlalu singkat menampakkan betis yang penuh stiker
  • bertudung tapi pakai tshirt pendek tayang lengan dan ketiak busuk
  • seluar JEANS nya ketat dan sendat yang jelas menampakkan alur kelengkang. bawah bajunya singkat, maka menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggung yang wajib ditutup
  • tidak bersarung kaki
  • solekan/TABARRUJ yang jelas dilihat
  • mamakai wangian yang merangsang nafsu
  • bertudung tapi sengaja tayang betis semasa menungang motorsikal...walaupun berkain pakailah seluar panjang !!

0 comments:

Post a Comment