Followers

Monday, April 5, 2010

Kenangan Bersamamu

alhamdulillah tamat sudah belajar fizik untuk sem 2 ni...sebanyak banyak penghargaan diberikan kepada Dr Zaidi Embong yang bertungkus lumus, berhempas pulas, bersungguh sungguh, dan sewaktu dengannya selama mengajar fizik untuk 2 sem ni....

potong,potong,potong (wimax)

Secret Recipe Pt Raja

Sunday, March 14, 2010

Syabab Musafir Kasih

buat julung kalinya dalam hidup membeli novel(Syabab Musafir Kasih) .tak pernah pernah pun beli sebelum ni....ni semua gara-gara dari novel Sultan Muhammad Al-Fateh yang memberi kesan mendalam untuk terus membaca novel yang dapat memberi pengajaran dan tauladan buat diri ini....(haha ayat koya)...



Novel ini pun di syorkan mysis ...Semalam semangat ke Popular kat BP Mall nak cari novel ni, kalau dah cari sure la jumpa tu pun the last one yang tinggal... nanti dah abis baca saya akan rumus pasal novel ni k...

SYABAB lahirmu bagaikan tak berharga
kau anak desa, yatim tak berbapa
kesusahan hidup mendesakmu berdikari

dalam keliru kau mencari identiti diri

ketulusan jiran mengajarmu kehidupan

cabaran berterusan berbuah kematangan
wahai SYABAB
ketekunanmu mengoborkan cita cita
s
emangatmu bak api marak menyala

kau pemuda harapan
sinar menantimu di hadapan
bebaskanlah pemuda

dari belenggu kejahilan
kau mampu berlari kencang

mencipta gelombang

ayuh , SYABAB


(Fatimah Syarha Mohd Noordin)
penulis novel
"Syabab Musafir kasih"

Sunday, February 28, 2010

CAmPiNg At Ledang(SaGiL)WAterFaLL






Location : Camping to Sagir Waterfall atTangkak
Target : release tension, team work, test kete sape paling laju, cari makan.n etc
Time : 11 am(d rancang)1pm(yang terjadi) - 11.30pm


Malas nak bercerita panjang..dalam keadaan letih taip sambil pejam mata itu laa kelebihan yang aku ade..hahah..

Trip ke ledang rancang sem lepas lagi. Alhamdulillah ape yang di rancang menjadi kenyataan pada sem2 ni...

melibat kawanrakan kelas aku walaupun ade 2 3 orang yang tidak dapat ikut atas sebab2 tertentu dengan syarat2 tertentu..huuh..



Pada permulaan ade sedikit masalah transportation yang menyebabkan 2 marshall lewat setangah jam...hampir putus asa, tapi kekuatan masih ade....


tepat jam 4 sampai di kaki gunung, singgah sebentar ke rumah puteriku iaitu puteri gunung ledang untuk bayar parking kereta(rm2) dan cas sekepala(rm1)....puteri cekik kedarah pengunjung yeee......

dengan happy,suka, riang dan gembira(sinonim je tuu)...masing2 senyum sampai ke telinga dapat mandi ...ade yang mcam baru first jumpa air , ade yang nak jadi duyung laa nak jadi tugu peirngatan pun adee...MasyaAllah....




Dah puas berendam...mkan kejap roti Cik Sorlinaz sdn bhd yang sponsor kononya menyebabkn port air terjun dirampas oleh set set pakcik yg datang bagai orang muda untuk mandi...hahah
..

pukul 7 makan makanan yang tersohor di muar = mee bandung muar...letih makcik kedai nak wat mee bandung untuk 16 orang...skali lada jerok pun abis..mujur x kene cas ...(pelahap blake set set ni...)



sembahyang di masjid ...dan gimik acara penutup dihidang dengan bunga api...yang paling mahal kos nak buat untuk kawan kwan sekalian...





jam 11.30 pm sampai Kolej Kediaman Perwira, kami disambut oleh pak dan mak guard...

terima kasih pada semua atas segala kerjasama, yang tak pergi insyallah aku harap korang dapat bagi sedikit masa untuk kita merapatkan hubungan antara kita semua....Next trip maybe ke Pekan pahang..hahahaha

wasalam

Saturday, February 27, 2010

Takut Hantu

Memandangkan sekarang hangat di media cerita seram atau bahasa lembutnya cerita hantu, tergerak jari jemari ingin buat review pasal makhluk yang kononnya dipanggil HANTU.

BUkan untuk buat sinopsis filem niyang rapik ke puaka di tebing sungai ke hantu unite the movie ke...kenapa takut hantu?

"ahmad teman aku ke tandas jap boleh?aku takutlah."

"solat tahajud? Tak nak lah! Takut r nak pergi ambil wuduk ."

"aku tak nak laa jadi warak sangat, takut hantu pangkat tinggi datang kacau.

hahaha dialog mcm ni memang dah biasa nak pula dalam kalangan pelajar asrama. Seolah-olah menjadikan hantu sebagai alasan dan halangan untuk berbuat sesuatu kebaikan..



sebagai remaja muslim, kita memang perlu beriman dengan kewujudan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan kerana kewujudan makhluk2 ni jelas dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.

Rasa takut itu lumrah tapi bila rasa takut itu menghalang kita daripada lebih takutkan Allah swt, mka ketika itu aqidah kita telah dinodai. Secara tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah dengan perasaan takut pada makhluk selain Allah

Kita dapat lihat sekarang mentaliti kanak-kanak dan golongan remaja cuba dimanipulasi oleh pihak media mengenai hantu dan natijahnya mereka akan semakin takut pada hantu, bukannya semakin takut pada Allah.

jadi , peranan ibubapa supaya dapat mengawal rancangan televisyen supaya anak-anak tidak dijamu dengan rancangan yang boleh merosakkan mentaliti mereka ke arah makhluk yang kononnya bergelar HANTU....

'Dekatkan hati dan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa , insyallah Iblis dan Syaitan pula sedaya upaya menjauhkan diri dari kita yang takutkan Allah melebihi segala.

Wednesday, February 24, 2010

Satu Pemberian Penuh Makna


"Wahai Sultan Murad(ayahanda Muhammad al-Fateh),
bukan Tuanku
yang membebaskan kota Konstantinopel,
tetapi anak
yang di dalam buaian itu(Muhammad al-Fateh)

~Syeikh Syamsuddin Al Wali~



Alhamdulillah syukur dapat rehat seminggu di rumah bersama keluarga dan kehadiran teman baru di rumah(Muhammad Arfan Haziq bin Muhammad Fadhullah).. Dengan lahirnya Mohd Arfan ,kini aku dah pun bergelar pakcik...


Untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang anak, pemimpin keluarga dan seorang pakcik, buku
"Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel' dihadiahkan ikhlas dari my sister {suhaijah razali}...terima kasih yup atas buku yang insyallah akan dimanfaatkan ...

"jadilah seperti Sultan Mahmud yang menjadikan
Nabi Muhammad SAW sebagai idola utama"
~Suhaijah Razali~