Followers

Monday, February 22, 2010

--Sahabat--


Berdetik hati ni teringat kenangan bersama sahabat seperjuangan di zaman persekolahan....Realiti kehidupan di asrama begitu berbeza dan mencabar ... Tersilap pilih kawan akan bawa di kepada kejahilan...Hanya doa yang mampu ku pohon agar dapat bertemu bersama sahabat yang dapat membantu dan membimbing aku ke jalan benar. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun aku bertemu dan bersama sahabat yang kebanyakannya baik akhlaknya.

Sahabat, selama 2 tahun kita bersama mencari ilmu sebagai bekalan masing untuk terus maju..selama 2 tahun kita saling menasihati tanpa berkecil hati kepada sesiapa...

Sahabat, teringat aku pada waktu-waktu akhir perpisahan, raut wajah nampak ceria, terlindung sebalik hati suatu kesedihaan....aku menerima setiap pertemuan ada perpisahan dengan redhanya..'

Sahabat, kini masing-masing membawa diri mengikut haluan yang dipilih...perginya sahabat tidak hilang kesan tapak untuk dijejak...Bertegur laa kalian supaya hubungan sahabat sejati kekal abadi....



p/s kepada sahabat semua sila tinggalkan jejak anda untuk kemudahan sahabat2 kita yang lain menhubungi anda....



Sunday, February 21, 2010

Q&A FAKTA


Nampak macam soalan ni senang, tapi bila tanya comfirm ternganga mulut tak dapat jawab....fakta ini patut kita tahu untuk menambah ilmu...so selamat tanya dan jawab untuk diri sendiri ye..

1. Apakah nama parlimen Quraisy?
Dar al-Nadwah , sebagai tempat berkumpul dan berbincang para pembesar Quraisy. dibina oleh moyang Nabi s.a.w, Kusai bin Kilab

2. Siapakah orang yang memburu Rasulullah s.a.w semasa Baginda berhijrah, demi merebut ganjaran 100 ekor unta?
Suraqah bin Malik

3. Masjid yang dibina oleh Rasulullah s.a.w?
Masjid Quba' di Madinah

4. Apakah surah surah yang bermula dengan 'Alif La Mim'
Surah Al-Baqarah, Ali Imran, Al-Sajadah, Al-Rum, Luqman, dan Al-Ankabut

5. Orang pertama yang meminum air zamzam ialah?
Ismail a.s

6. Siapakah isteri Rasulullah yang disebut Jibrail sebagai 'shawwamah wa qawwamah'(wanita yang rajin berpuasa dan solat)
Hafsah binti Umar


credit : majalah SOLUSI

Sunday, January 24, 2010

RENUNGAN BUAT DIRIKU

review kali ni lebih untuk mengingati empunya diri ni yang masih lagi banyak kelemahan dan kekurangan.... dimana 17 kriteria lelaki soleh yang aku baca dalam sebuah artikel yang dihantar ke rumah...

17 kriteria lelaki soleh:
  • sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w
  • jihad fisabilillah adalah program hidupnya
  • mati syahid adalah cita2 hidup yang tertinggi
  • sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah
  • iklas dalam beramal
  • kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  • sangat takut kepada Allah dan ancamannya
  • selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  • zuhud dalam dunia tetapi tidak meninggalakannya
  • solat malam manjadi satu kebiasaanya
  • tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah
  • selalu bersedekah sama ada dalam kelapangan mahupun sempit
  • menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
  • sangat kuat memegang amanah janji dan rahsia
  • pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan penuh tawaduk kepada Allah
  • kasih sayang dan penuh pengertian kepda keluarga...
masyAllah betapa jauh nyer diri aku ni dengan kriteria2 lelaki soleh ni....bukan senang untuk capai tahap soleh kerna setiap perbuatan hanya kerana Allah ......

"Ya Allah betapa lemah nya hambamu ini untuk menjadi hamba yang soleh dan taat padaMu, Ya Allah engkau kuatkan iman ku supaya aku dapat menjadi lelaki soleh disisiMu kelak"
aminn

Saturday, January 9, 2010

™Tak suka tapi baik™

Hampir seminggu kuliyah start, sem ni mungkin menjadi sem yang seronok kot sebab subject elektrik dah muncul. Mase sem 1 dulu kebanyakan nyer subject di sekolah menengah yang di advanced kan je. Tu jadi boring sebab name tajuk still sama tak nak dah modify sikit name , kimia kat sekolah kimia juga laa kat Universiti.
Dalam happy sampai melompat tak turun2 ade gak tersepit tak suka kat subjek elektif yang batch saya dapat. Nak tak nak kene laa relapaksa ambik " Elektronik Perubatan" yang mane untuk sem ni tajuk kene belajar medical fisiologi. Tengok perkataan 'medical' tahu doh sedare dengan biologi. sekolah dulu tak ada la plak ambik biologi ni..hah

Jadi bile pikir2 kan balik setiap apa yang berlaku dah tentu ade hikmah. Allah tu Maha Mengetahui dan Berkuasa. Ini la ayat biase untuk ajar hati ini redha dengan ketentuanNya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat ni la banyak mendidik hati ni untuk cube meredhai apa yang berlaku... Manusia akan terus leka tanpa peringatan..

Saturday, November 7, 2009

PERGI TAK KAN KEMBALI

Hari ni ttiba je rasa teringat kat seseorang masa surf internet....hari ni dah masuk berapa bulan dah dia tinggalkan saya , family dia dan dunia ini buat selamanya... Ayah Long pergi dan tak kan kembali dah pada keluarganya...


Inilah lumrah dan kitaran hidup ..Mati adalah mesti dan pasti, semua manusia pasti akan menemui ajal mereka .

.Dalam surah Yunus ayat 4, Allah swt berfirman dengan maksud, "Hanya kepada Nyalah kamu semua akan kembali, sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah bangkit) agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka."

Dari tanah kita diciptakan ke tanah jugaklah kita dikembalikan...Begitu cepat dia pergi. Kali terakhir saya jumpa dan sempat bergurau dengan Ayah Long time Kak kahwin...

Buat anak-anak arwah , kita yang hidup kena teruskan hidup cuma jangan lupa doa kepada bapamu yang mengharapkan doa anak soleh untuknya ...kerana hanya 3 perkara saja yang akan menemani kita ketika mati kelak


1. ilmu yang kita dimanfaatkan di dunia

2.segala sedekah jariyah yang kita buat

3. doa anak yang soleh


Nabi bersabda maksudnya:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Alhamdulillah sedikit kerinduan dapat diubati dengan meluahkan di blog ni..Sama sama lah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah....AL-FATIHAH..


wasalam..