Followers

Saturday, February 27, 2010

Takut Hantu

Memandangkan sekarang hangat di media cerita seram atau bahasa lembutnya cerita hantu, tergerak jari jemari ingin buat review pasal makhluk yang kononnya dipanggil HANTU.

BUkan untuk buat sinopsis filem niyang rapik ke puaka di tebing sungai ke hantu unite the movie ke...kenapa takut hantu?

"ahmad teman aku ke tandas jap boleh?aku takutlah."

"solat tahajud? Tak nak lah! Takut r nak pergi ambil wuduk ."

"aku tak nak laa jadi warak sangat, takut hantu pangkat tinggi datang kacau.

hahaha dialog mcm ni memang dah biasa nak pula dalam kalangan pelajar asrama. Seolah-olah menjadikan hantu sebagai alasan dan halangan untuk berbuat sesuatu kebaikan..



sebagai remaja muslim, kita memang perlu beriman dengan kewujudan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan kerana kewujudan makhluk2 ni jelas dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.

Rasa takut itu lumrah tapi bila rasa takut itu menghalang kita daripada lebih takutkan Allah swt, mka ketika itu aqidah kita telah dinodai. Secara tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah dengan perasaan takut pada makhluk selain Allah

Kita dapat lihat sekarang mentaliti kanak-kanak dan golongan remaja cuba dimanipulasi oleh pihak media mengenai hantu dan natijahnya mereka akan semakin takut pada hantu, bukannya semakin takut pada Allah.

jadi , peranan ibubapa supaya dapat mengawal rancangan televisyen supaya anak-anak tidak dijamu dengan rancangan yang boleh merosakkan mentaliti mereka ke arah makhluk yang kononnya bergelar HANTU....

'Dekatkan hati dan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa , insyallah Iblis dan Syaitan pula sedaya upaya menjauhkan diri dari kita yang takutkan Allah melebihi segala.

0 comments:

Post a Comment