Followers

Sunday, February 21, 2010

Q&A FAKTA


Nampak macam soalan ni senang, tapi bila tanya comfirm ternganga mulut tak dapat jawab....fakta ini patut kita tahu untuk menambah ilmu...so selamat tanya dan jawab untuk diri sendiri ye..

1. Apakah nama parlimen Quraisy?
Dar al-Nadwah , sebagai tempat berkumpul dan berbincang para pembesar Quraisy. dibina oleh moyang Nabi s.a.w, Kusai bin Kilab

2. Siapakah orang yang memburu Rasulullah s.a.w semasa Baginda berhijrah, demi merebut ganjaran 100 ekor unta?
Suraqah bin Malik

3. Masjid yang dibina oleh Rasulullah s.a.w?
Masjid Quba' di Madinah

4. Apakah surah surah yang bermula dengan 'Alif La Mim'
Surah Al-Baqarah, Ali Imran, Al-Sajadah, Al-Rum, Luqman, dan Al-Ankabut

5. Orang pertama yang meminum air zamzam ialah?
Ismail a.s

6. Siapakah isteri Rasulullah yang disebut Jibrail sebagai 'shawwamah wa qawwamah'(wanita yang rajin berpuasa dan solat)
Hafsah binti Umar


credit : majalah SOLUSI

0 comments:

Post a Comment