Followers

Thursday, April 15, 2010

75 pelajar UTHM catat rekod

BATU PAHAT 13 April –
Seramai 75 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta
rekod mendayung paling lama menggunakan mesin latihan khas sehingga
mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Mereka mendayung secara berterusan selama 48 jam 34 minit
menggunakan dua mesin latihan sukan mendayung dalam program Cabaran
Rowing 1Malaysia UTHM.

Setiap penuntut mendayung dalam tempoh antara lima hingga 10
minit secara bergilir-gilir di pusat beli-belah Square One di sini
bermula 4 petang Sabtu lalu.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin
berkata, usaha yang dilakukan penuntut itu secara tidak langsung dapat
mempromosikan UTHM sebagai pusat kecemerlangan sukan untuk institusi
pengajian tinggi (IPT).

“Ini membuktikan sukan tidak berkubur di universiti
dan semakin menjadi budaya yang subur di UTHM.

“Sukan mendayung telah menjadi
tradisi di universiti terkenal luar negara termasuk Cambridge,” katanya
selepas menerima sijil pengiktirafan daripada Pengarah Projek Malaysia
Book of Records, Irene Liong di sini semalam.

Mohd. Noh berkata, penggunaan
mesin latihan Rowing Concept2 itu menyerupai aktiviti mendayung sebenar
dan jarak mendayung juga dapat diukur.

“Untuk mesin yang pertama
penuntut telah mendayung sejauh 652 kilometer, manakala mesin kedua 640
kilometer,” katanya.

Sementara itu, penuntut tahun satu Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Mekanikal, Ekhwan Eusop, 20, berkata, persiapan selama dua
bulan untuk mencipta rekod itu sangat berbaloi dan dia berbangga
kerana dapat mengharumkan nama UTHM.

“Selain mencatatkan rekod,
program ini dapat memupuk perpaduan kerana disertai penuntut pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik Sabah serta
Sarawak.

“Sukan
di universiti mungkin cara terbaik memupuk perpaduan kerana pelbagai
kaum belajar di sini,” katanya yang juga merupakan ketua publisiti
program tersebut.

Ekhwan berkata, program itu juga bertujuan membakar semangat
atlet-atlet UTHM bagi meneruskan kecemerlangan dalam sukan
mendayung.

“Tahun lalu UTHM mengungguli tujuh daripada lapan kategori
sukan mendayung yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Air Majlis
Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan juara keseluruhan Kejohanan
Rowing Varsity Boat Race,” katanya.

dipetik
dari : http://www.utusan.com.my
/


p/s : tahniah
untuk 2 orang sahabatku (Mohd Najmuddin dan Amirul Hakim) yang turut
serta dalam cabaran rowing 1 malaysia ni...

0 comments:

Post a Comment