Followers

Saturday, January 9, 2010

™Tak suka tapi baik™

Hampir seminggu kuliyah start, sem ni mungkin menjadi sem yang seronok kot sebab subject elektrik dah muncul. Mase sem 1 dulu kebanyakan nyer subject di sekolah menengah yang di advanced kan je. Tu jadi boring sebab name tajuk still sama tak nak dah modify sikit name , kimia kat sekolah kimia juga laa kat Universiti.
Dalam happy sampai melompat tak turun2 ade gak tersepit tak suka kat subjek elektif yang batch saya dapat. Nak tak nak kene laa relapaksa ambik " Elektronik Perubatan" yang mane untuk sem ni tajuk kene belajar medical fisiologi. Tengok perkataan 'medical' tahu doh sedare dengan biologi. sekolah dulu tak ada la plak ambik biologi ni..hah

Jadi bile pikir2 kan balik setiap apa yang berlaku dah tentu ade hikmah. Allah tu Maha Mengetahui dan Berkuasa. Ini la ayat biase untuk ajar hati ini redha dengan ketentuanNya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat ni la banyak mendidik hati ni untuk cube meredhai apa yang berlaku... Manusia akan terus leka tanpa peringatan..

0 comments:

Post a Comment